nassir_pic

 

Peroleh ganjaran selepas manfaat skim PIC

NORHAIZA HANN – norhaiza@sph.com.sg

PUSAT pendidikan Islam SimplyIslam melaburkan $60,000 bagi membeli sofwe meningkatkan produktiviti syarikat.

Tetapi, setelah memanfaatkan skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC), beliau mendapat balik $51,000 dalam bentuk tunai dan bonus PIC.

Ia bermakna perbelanjaan bersih beliau ialah $9,000!

Tanpa memanfaatkan skim bantuan pemerintah itu, Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohammed Nassir Abdul Sukkur, berkata beliau tidak akan mampu membeli sofwe-sofwe terbaru itu.

Sejak diperkenalkan pe-merintah, skim PIC yang dikendalikan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) itu menarik perhatiannya.

“SimplyIslam pertama kali memanfaatkan skim PIC dengan melaburkan $30,000 bagi membangunkan sistem point of sale (POS) yang membolehkan firma mengetahui jumlah stok yang keluar dan masuk. Sebelum adanya POS, kami menjalankan perkiraan secara manual.

“Untuk PIC kedua, kami melaburkan lagi $30,000 un-tuk membangunkan sofwe bagi menguruskan operasi pemiagaan pendidikan ma-drasah dari segi pengurusan yuran pelajar.

“Jadi, kami mengetahui jumlah yuran yang masuk dan pelajar yang belum membayar yuran. Dengan cara ini, kesilapan boleh dikurangkan lebih-lebih lagi kerana kami mempunyai sekitar 500 pelajar,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Pengalaman beliau dalam memanfaatkan PIC dikongsi melalui video yang ditunjukkan dalam sesi taklimat awam bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang diadakan bersama peniaga Melayu Islam anjuran Pusat SME di bawah Dewan Peniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), semalam.

Menurut Encik Nassir, dengan melaburkan dalam sofwe-sofwe bagi meningkatkan produktiviti syarikat, Iras memberikan bayaran tunai sebanyak 60 peratus daripada $30,000 iaitu $18,000 bagi setiap satu skim PIC yang dimanfaatkan atau $36,000 secara keseluruhan.

Selain itu, bonus PIC sebanyak $15,000 juga diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehi mencapai $51,000.

Di bawah PIC yang diperkenalkan pada 2010, peniaga perlu menjalankan salah satu daripada enam kegiatan termasuk pelaburan automasi, penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan mendapatkan hak intelektual (IP).

Untuk layak dalam skim itu, peniaga perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga pekerja.

“Memanfaatkan skim PIC membolehkan saya membuat penjimatan yang besar. Tanpa dana itu, saya mungkin ketinggalan dan tidak dapat meningkatkan produktiviti syarikat. “Nasihat saya kepada SME yang lain agar manfaatkan skim ini. Pastikan anda layak dan dapatkan bantuan Pusat SME di DPPMS yang dapat membantu dalam membuat permohonan PIC,” tambah Encik Nassir.

“Memanfaatkan skim PIC membolehkan saya membuat penjimatan yang besar. Tanpa dana itu, saya mungkin ketinggalan dan tidak dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Nasihat saya kepada SME yang lain agar manfaatkan skim mi. Pastikan anda layak dan dapatkan bantuan Pusat SME di DPPMS yang dapat membantu dalam membuat permohonan PIC.” — Pengarah Urusan Simplyislam, Encik Mohammed Nassir Abdul Sukkur