Home » About Us » In the News » SimplyIslam kumpul $14,000 bagi ‘Ramadan Charity Basket’

SimplyIslam kumpul $14,000 bagi ‘Ramadan Charity Basket’

19 Ogos 2011, SINGAPURA

Title (translated): SimplyIslam raises $14,000 for ‘Ramadan Charity Basket’
Read on [or click here]

SimplyIslam kumpul $14,000 bagi ‘Ramadan Charity Basket’ [PDF]

PUSAT pendidikan setempat, SimplyIslam.sg, berjaya mengumpul $14,000 bagi program tahunannya yang dikenali sebagai Ramadan Charity Basket.

Ketika dihubungi, Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, berkata pihaknya akan mengagihkan makanan dan wang kepada lebih 70 keluarga susah daripada Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan Pusat Perkhidmatan Keluarga Ang Mo Kio (AMK-FSC).

Menurut beliau, wang tersebut diderma sukarelawan pusat pendidikan itu.

‘Kami akan mengagihkan barang makanan seperti, beras, tepung, gula dan minyak masak serta wang saku sebanyak $100 kepada setiap keluarga,’ katanya.

SimplyIslam akan mengerah sukarelawan, guru, pekerja dan pelajar mereka untuk mengagihkan barang-barang tersebut esok mulai 3 petang.

Mereka juga bakal menerima sokongan sekumpulan penunggang motosikal yang dikenali sebagai Solidarity Brothers.

Menurut Encik Mohamed Nassir, para sukarelawan itu akan menghantar barang-barang tersebut ke rumah-rumah keluarga itu di merata Singapura.

‘Alhamdulillah, ini tahun keempat kami mengendalikan program ini dan kami menerima sokongan menggalakkan sejak program ini dimulakan,’ kata Encik Mohamed Nassir.